Pendahuluan
Dalam Rancangan Malaysia Ke Tujuh, Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan projek pembinaan
Muzium Tamadun Islam Sabah. Muzium ini dibina di satu tapak seluas 2 hektar yang terletak
di dalam kawasan Kompleks Muzium Sabah. Bangunan Muzium Tamadun Islam ini terdiri dari 3
aras. Ruang pejabat dan tempat letak kenderaan terletak di aras bawah. Aras satu
menempatkan ruang pameran dan Bilik Kenamaan sementara aras dua adalah untuk ruang
pameran.
Dari segi rekabentuknya, walaupun berfungsi sebagai sebuah muzium, bangunan ini
menonjolkan ciri-ciri senibina Islam sesuai dengan fungsinya sebagai penyimpan warisan
khazanah Islam. Lima buah kubah termasuk kubah utama di tengah-tengahnya melambangkan
prinsip hidup umat Islam, iaitu Rukun Islam. Bahagian luaran bangunan ini juga dihiasi
dengan motif bercirikan Islam.
Bangunan yang terletak di Jalan Menteri ini bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah muzium
tetapi diharapkan akan menjadi salah satu daya tarikan pelancong di negeri ini dengan
ciri-ciri senibinanya yang unik.
Muzium Tamadun Islam Sabah ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada bulan Mac 2002.
|
|







Menu Utama
Ke Muzium Sabah |